29 Oktober 2016

Carca Marba liga bola sepak Malaysia

Liga Malaysia telah pun tamat.  Apabila liga super tamat tetapi masih banyak isu yang di bangkit kan terutama kes antara pahang, Penang dan pdrm.  Di sini siapa jadi mangsa sebenarnya?  Kenapa sudah akhir liga baru tindakan di ambil?  Mana pergi jawatankuasa pertandingan fam selama liga berlangsung?  Tempat 72 jam yang terdapat dalam syarat bantahan pertandingan sedah lama berlalu.

Ramai peminat di luar sana menganggap tindakan fam ini adalah untuk meneyalamat kan pasukan Pahang dari liga super tahun depan yang paling sedih sekali apabila pasukan pulau pinang juga dilihat akan menjadi mangsa.  Penyokong yang beriya meraikan kemenangan sepatunya menyelamatkan mereka dari tersingkir dari liga perdana kini dalam delima apabila bantahan pdrm juga di terima walaupun masa bantahan telah tamat.  Bagaimana senarai pemain yg tidak layak tiada?  Bagaimana proses rayuan tidak ada?  Tetapi kini semuanya timbul kerana kes Pahang dan Kedah.

Pengurusan fam patut mengikut terma syarat yg mereka sendiri tetapkan.  Dan lebih profesional dalam membuat keputusan.  Dah la pasukan kebangsaan teruk.. Liga pun teruk pengurusan nya.

14 Oktober 2016

Ulang Tahun ke 9 ULTRAS MALAYA


Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari ulang tahun Ultras Malaysa ke-9 . Sembilan tahun mereka mengerah keringat dan tenaga demi bola sepak malaysia . Siapa Ultras malaya . ?? kamu kamu dan kamu semua yang boleh bersatu dalam satu sorakan , satu gerakan demi bola sepak malaysia .






Misi kita belum selesai .... FAM masih bangsat ....

26 September 2016

Kuasa wang ‘leburkan’ Liga M ?


Di petik dari kenyataan Tan Sri Anwar musa dalam ahkbar utusan  , Kuasa wang ‘leburkan’ Liga M ? adakah telahan ini cukup bijak dari seorang pemimpin yang berpengalaman seperti beliau ?
atau adakah beliau ingin bermain teka teki dengan FAM supaya pasukan lain tak mampu memperkuatkan pasukan mereka ? dan adakah apa yang beliau katakan beliau tidak kena pada batang hidung sendiri ?

Semua tahu , satu ketika dulu kelantan merupakan kuasa bola sepak malaysia. Dan semua tahu bahawa gaji pemain mereka pada ketika itu tinggi melebihi pasukan-pasukan lain . Ok sekarang anda dah nampak game nya . Jika pasukan kalah si salahkan orang lain dan cuba mengunakan kuasa bagi menahan keupayan pasukan lain . Adakah ini satu tindakan yang wajar oleh seorang yang berpengalaman seperti beliau . Ia seolah-olah satu pertandingan berlari , perserta A mempunyai kaki yang panjang untuk berlari dan perserta B tidak . Maka perserta B meminta supaya pengadil menghalang perserta A menyertai pertandingan dengan alasa Terlebih Panjang ? adakah ia satu tindakan yang bijak dan baik ? Sudah pasti ia akan merosakkan sukan itu sendiri . Jika saingan tidak cukup sengit bagaimana saingan akan mempengaruhi useha untuk mempertingkatkan pasukan ?

Beliau sepatutnya bijak mengunakan kedudukan dan keupayaan memimpin bagi mengimbangi Sumber kewangan yang dia ada . Jika dalam perniagaan boleh kah seorang perniaga Besar bersaing dengan Perniaga kecil ? ia mustahil tetapi perniaga kecil yg bijak pasti mencari cara yang terbaik untuk menjadi kan perniagaan mereka lebih besar. Begitu juga dalam bola sepak , Pasukan yang kerdil sepatutnya mencari jalan lain untuk memajukan pasukan . Tidak semestinya mempunyai barisan pemain-pemain berstatus bintang akan menjadikan pasukan itu hebat dan menjuarai semua perlawanan . Jika kita lihat pasukan dalam liga  luar negara terutamanya di eropah , pasukan yang gemar mengunpul pemain bintang tetapi mereka juga menghadapi maslah kejatuhan prestasi dan tidak memenangi liga  . Rasanya tak perlu la aku sebut pasukan apa kan sedia maklum.

kalau dia bijak patut dia kata pasukan yg tak ada duit akan cuba mencungkil bakat baru dari bawah .. bila player tu dah ada harga pasukan boleh jual pada pasukan lain ... tu kalau dia tau rules of the game la ... Tapi kalau bodoh macam FAM , Apa boleh buat ..

http://m.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kuasa-wang-8216-leburkan-8217-liga-m-1.387575

19 September 2016

Liga dan pertandingan banyak pemain tiada

Sering kita dengar keluhan jurulatih dan fam tentang ketiadaan pemain yang layak untuk bermain pasukan utama kebangsaan namun jika di lihat dari segi infrastruktur dan liga serta pertandingan di malaysia.  Kita mempunyai banyak liga dan pertandingan. Apakah silapnya sehingga liga-liga ini dan piala itu tidak mampu melahirkan bakat yang mempunyai kualiti dan keupayaan untuk bermain pada perlawanan antarabangsa?  Jika di lihat pula dari segi keupayaan, kebanyakan pasukan mempunyai kekuatan yang setara walaupun tak di barisan pemain berpengalaman dan berstatus bintang.  Yang peliknya apabila panggilan pasukan kebangsaan,  pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik masih di panggil untuk pemilihan atas faktor reputasi lama dan pengalaman mereka. 
Dalam sukan bola sepak, pengalaman sahaja tidak mencukupi jika keupayaan sebenar mereka telah lama jatuh.  Malah pemain yang pernah menjadi pemain terbaik dunia pun telah di ketepikan oleh pasukan negara mereka atas faktor status persembahan semasa yang teruk menyebabkan mereka di gugurkan.  Berlainan pula di Malaysia, Fam dan jurulatih kebangsaan sering merungut akan ketiadaan pemain yang berkelayakan dan berpengalaman.  Di mana silapnya?  Kita ada liga dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negara.  Tetapi pemain kebangsaan yg di ambil kebanyakan adalah dari pasukan elit ciptaan fam.  Adakah liga kita tidak berkualiti atau fam masih mengamalkan sikap 'pemain istimewa'  sahaja yg layak untuk menyarung jersi kebangsaan?  Jadi apa guna liga-liga dan pertandingan di Malaysia jika pemilihan di peringkat ini di ketepikan dan hanya di utamakan pasukan elit fam? 

07 September 2016

Apabila DEZ CORKHILL bercakap tentang Liga Malaysia .

Rasanya point semua aku dah share dan huraikan sebelum ini . Tapi adakah penonton dan Pengurusan Bola sepak malaysia akan berubah ? Itu persoalanya

18 Julai 2016

Peraturan Am Pemainan Bola Sepak. (Pada yang tak tahu lagi ..)

Ketika ini ramai yang mempertikaikan keputusan pengadil tanpa melihat dahulu undang-undang yang di keluarkan oleh pihak FIFA . Jom aku kongsi Asas Peraturan Bola Sepak  Supaya makcik2 yang baru nak berjinak-jinak dengan bola sepak boleh jawab dengan fakta kenapa pengadil salah buat keputusan hehee..

DOWNLOAD SINI

Persaraan Super Mokh (Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari) Pada tahun 1979

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa Idola Bola sepak negara Super Mokh pernah mengambil keputusan untuk bersara dari bola sepak pada tahun 1979 akibat dari ketidak puasan hati beliau tentang pegurusan bola sepak pada masa itu . Namun beliau telah kembali semula ke kem pasukan kebangsaan pada tahun 1985  untuk bermain kejohanan pra piala dunia menentang korea selatan di mana malaysia tewan 2-0 ketika itu dan beliau buat kali ke tiga mengumumkan persaraan bermain untuk peringkat antarabangsa.

Persaraan selama 3 kali ini di lihat senonim dengan tindakan 4 pemain utama pasukan kebangsaan sekarang . Tindakan beberapa pihak yang melabel pemain kebangsaan yang bersara ini sebagai tidak semangat petrotik sama sekali tidak mencerminkan sikap profisonal . Mulanya mereka mengatakan bahawa pemain ketika ini tidak mempunyai jatidir seperti Lagenda kita super mokh namun jika di lihat kembali kepada sejarah maka sebaliknya berlaku .

Pemain-pemain ini semestinya telah membantu malaysia untuk menjuarai beberapa kejohanan di peringkat asia tengara sudah pasti berbanga menyarungkan jercy malaysia tetapi di sini seolah-olah FAM masih belum melihat isyarat yang mereka ingin sampaikan . Telah berbuih penyokong dan peminat bola sepak negara menyarakan ketidak puasan hati terhadap pengurusan dan corak FAM yang boleh di katakan sudah ketingalan zaman tetapi FAM masih kekal dengan pendirian mereka .

Apa yang aku boleh katakan , 4 pemain ini telah mengikut dan belajar dari Lagenda kita Super Mokh bagi menyampaikan Isyarat mereka. Siapa kata pemain sekarang tidak mencontohi semangat Super Mokh dan hanya melihat wang semata-mata ?

Beraksi dengan cemerlang di peringkat antarabangsa mewakili negara menjadikan "NILAI" mereka lebih tinggi .. Pastinya semua pemain inginkan ini bukan . selain dari mampu menaikkan nama Malaysia . Orang bodoh dalam FAM masih bercerita tentang "kesetiaan" tetapi mereka sendiri tidak setia dalam pekerjaan dan perlaksanaan ....

renungkan sendiri .....

rujukan : -
https://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtar_Dahari