26 Februari 2014

Padang Dan Liga Professional



Assalamualaikum dan berjumpa lagi ,

Hari ini aku nak bercerita pula berkenaan padang dalam saingan Liga malaysia atau singkatanya Liga M . apa yang penting sanggat padang ni ? nak tendang bola janji ada padang dah laaa ... itu selalu ungkapan kita orang kampung nie .

Tetapi dalam era bola sepak moden , padang menjadi satu element penting di dalam pembangunan dan kewujudan pasukan . malah dengan mudah boleh di katakan jika sesuatu pasukan itu tiada padang untuk latihan maka pasukan sebenarnya tidak wujud. 

Yang aku nak tekankan di sini adalah berkenaan mutu padang bola dalam saingan Liga M. Liga yang sepatutnya menjadi "KILANG" pengeluar pemain-pemain bagi pasukan negara . Aku tertarik dengan pandangan YB Tan Sri Anuar musa dalam satu wawancara SB di tv3 25/2/2014 . Pandangan beliau tentang liga M teramat jelas dan baik untuk di renungkan oleh FAM sendiri . Insyah Allah aku akan cuba dapatkan video rakamannya nanti .

Berbalik kepada cerita padang , aku lihat kebanyakan gelangang liga M mutu padang boleh di katakan hanya memuaskan . Kalau dalam Football Manager tu kira padang tahap pasukan Daerah/kampung je la . Kenapa padang yang berkualiti perlu? ini point-point aku 

1. Tektikal bola sepak boleh di terapkan dalam pasukan , Bayangkan padang yang tak rata , bagaimana pemain dan jurulatih ingin menentukan Basic hantaran pemain berada dalam keadaan baik atau tidak ? padang yang tak rata bola akan tersasar , padang berbatu , bola boleh melantun ke tempat lain , rumput yang panjang  bola akan menjadi pelahan . Faktor2 ini akan mencacatkan latihan dan persediaan pasukan di mana faktor ketepatan tendangan tidak dapat ditentukan dalam latihan mahupun pertandingan sebenar.

2. Kecederaan boleh berlaku , Padang yang tidak rata , rumput yang tak baik dan sebagainya boleh menyebabkan pemain mudah mendapat kecedraan . Pemain adalah aset pasukan , bayangkan berlatih di padang yang teruk ? apa akan jadi ? bila pemain yang sepatutnya diperlukan beraksi cedera amat rugi sesebuah pasukan .

So , Bagi aku walaupun di mana sahaja ada padang kita boleh bermain , sebagai pasukan dan pemain Profisonal . Padang yang bermutu dan bertaraf dunia perlu di sediakan oleh Kelab , Persatuan dan FAM . ianya bakal merubah bola sepak malaysia . Cuba kita lihat contoh kelab-kelab luar yang datang malaysia , perkara pertama yang mereka akan nilai adalah padang yang mereka akan gunakan sewaktu pelawanan dan latihan  , Kenapa ??  Fikirkan lah sendiri dengan faktor2 yang aku beri di atas. 

Antara ciri-ciri padang yang baik dari analisia aku adalah

1. Jenis rumput 
Jenis rumput sila rujuk 
http://mynormas.com/padang-bola-malaysia/

2. Saliran
Saliran yang baik akan mengurangkan takungan air pada padang dan akan memastikan rumput  akan tahan lama dan pemain dapat bermain dengan baik 

3. Penyelengaraan 
Penyelengaraan di malaysia tidak boleh dibuat mengikut  negara eropah kerana cuaca yang berlainan , Maka di sini pihak yang terlibat haru mengkaji ketepatan penjagaan padang bola di malaysia di mana ada kalanya hujan yang lebat dan berkadaran tinggi dan ada masanya panas yang kering dan akan menyebabkan rumput kurang air . Penyelengaraan yang sama untuk setiap bulan harus di elakan sebaliknya kajian tentang keadaan cuaca bulan-bulan harus di buat , ada bulan siraman perlu di kurangkan dan ada bulan siraman perlu dilakukan setiap hari . Boleh aku katakan Faktor ini penyebab utama masalah padang di malaysia . Kelab2 di eropah membelanjakan perbelanjaan yang tinggi bagi penyelengaraan padang mereka.  

4. Penggunaan 

Pengunaan yang pelbagai juga akan mendatangkan kerosakan kepada padang , ianya perlu di alas dengan alas yang baik dan mempunyai had tertentu supaya rumput tak rosak . Membenarkan kenderaan dan lain-lain peralatan di letakan di atas padang juga akan merosakan strukutu dan kerataan padang.



Akhir kata,  Sekarang terdapat padang jenis "HYBIRD" di mana rumput yang digunakan akan di tanam bersama rumput stiruan. Proses ini akan menjadikan rumput yang di tanam lebih tahan lasak dan tahan lama , serta dapat mengurangkan proses penyelengaraan dan tanaman semula rumput . Mungkin  pemasangan rumpun ini mahal sedikit dari penanaman rumput biasa , namun untuk jangka masa panjang dan kualiti rumput yang terhasil ianya sungguh berbaloi . Kebanyakan Stadium dan pasukan ternama di dunia telah mengunakan rumput jenis ini ..

Artikel berkenaan padang salah satu kelab EPL

http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2334310/Manchester-United-play-synthetic-pitch-800-000-Old-Trafford-overhaul.html









VIDEO PEMASANGAN


0 Komen: