18 Januari 2015

Bola Sepak adalah perniagaan ?


Jika di sebut mengenai perniagaan pasti semua akan mengambarkan tentang duit bukan . Apa kaitanya dengan sukan bola sepak ? bukankah bola sepak ini lebih kepada minat dan cita-cita ? itu adalah pemikiran bagi sesetengah peminat bola sepak . Apakah logiknya dan pentingnya perniagaan di serap sebagai salah satu agenda bola sepak di malaysia .

Kali ini aku nak berkongsi sedikit maklumat dan pendapat kenapa perlu adanya "mind set" perniagaan dalam pengurusan bola sepak terutamanya bagi liga-liga utama negara . Bila soal perniagaan ianya tidak termasuk mewakili negara kerana mewakili negara adalah lebih kepada pejuangan memartabatkan bola sepak malaysia . Namun sebelum ke peringkat itu , liga di malaysia perlu memberi saingan dan menjadi sebagai salah satu kilang utama penghasilan pemain-pemain yang mampu di bawa ke peringkat antarabangsa untuk mewakili malaysia.

Jangan kata perniagaan dalam sukan bola sepak adalah tidak penting kerana bagaimana kelab mahu hidup ? bagaimana pemain mendapatkan pendapatan mereka ? cukup kah dengan hanya mengharap peruntukan dari FAM sahaja ?

Berikut aku senaraikan beberapa aktiviti perniagaan berkaitan sukan bola sepak :-

1. Jualan Tiket pelawanan.

Jualan tiket perlawanan bagi pasukan dapat menjana pendapatan kepada persatuan dan kelab , namun kehadiran penonton bergantung kepada kejayaan sesebuah pasukan itu , lagi banyak kejayaan dikecapi lagi banyak tarikan terhadap penonton untuk datang ke stadium menonton pelawanan pasukan mereka.

2. Pembayaran penyiaran.

Setiap siaran langsung yang melibatkan tarikan penonton yang ramai pasti dapat menjadi pendapatan kepada persatuan dan kelab . Hasil penyiaran ini di bayar oleh syarikat penyiaran seperti astro dan media prima kerana siaran langsung pelawanan utama pastinya menaikan rating penonton mereka sekalu gus menarik pengiklan untuk mengunakan saluran mereka sebagai media pengiklanan .

3. Peingklanan oleh pasukan kelab

Sebagai sumber pendapata kelab , pengiklanan di jercy , bas , papan iklan dan sebagainya menjadi antara punca utama pendapatan persatuan dan kelab . Bayangkan apabila jercy yg digunakan bukan sahaja di pakai oleh pemain malah peminat akan turut serta kalau boleh memakai jercy yang 100% ory termasuk logo dan jenama penaja pada jercy . lebih ramai peminat lebih suka pengiklan dan syarikat-syarikat untuk menaja.


4. Menjual cendrahati kelab

cendrahati juga boleh benjadi sumber pendapatan kelab. Di liga eropah misalnya mereka menjadikan jualan cendrahati sebagai hakcipta dan dilindungi di bawah akta hak cipta di mana penjualan hanya oleh ajen dan penjual yang mereka telah tetapkan bagi memastikan setiap hasil jualan akan mendapat peratus keuntungan kepada kelab dan persatuan .

5. Judi sukan

yg ni tak nak ulas sebab HARAM . tetapi di negara bukan islam ini juga salah satu sumber pendapatan mereka judi sukan yg sah.



6. Jual beli pemain

Kelab-kelab yg telah menyungkil bakat-bakat pemain juga boleh menjadikan ia sebagai sumber pendapatan kerana pemain yang benilai mampu menarik minat kelab-kelab lain untuk memilikinya dgn kos pemindahan pemain yg perlu di bayar dan penebusan kontrak ia menjadikan kelab yang bijak mencungkil bakat mengambil peluang ini sebagai selain menjadi kilang mengeluarkan bakat baru ia juga sebagai menampung sumber kelab dan persatuan di samping dapat mengenengahkan bakat lain .


kesimpulannya , perniagaan dan bola sepak tak dapat di pisahkan. masakan tidak, pemain yang bergelar profisonal mengharapkan sepenuhnya sumber pendapatan melalui sukan ini . Mereka perlu hidup dan makan . Jika tiada sumber pendapatan bagaimana mereka ingin menyara keluarga dan sebagainya ? performen mereka juga akan lebih baik jika masalah-masalah berkaitan kewangan tidak menggangu kerjaya mereka.

Sekian .

0 Komen: