19 Januari 2015

Mencari Bakat atau menyerlahkan bakat ?


Kajian Kes : Lionel Messi

Dilahirkan pada 24 jun 1987 , Bapanya seorang buruh manakala ibunya seorang tukan cuci separuh masa. Mula bermain bola untuk pasukan  Grandoli pada usia 5 tahun . iaitu sebuah pasukan setempat pada tahun 1995 bertukar ke kelan Newell's Old Boys  kemudian mewakili kawasan beliau , pasukan yang beliaw wakili hanya kalah pada satu pelawanan dan dia di gelar 'The Machine of '87 '  pada umur 11 tahun kelab river plat  berminat dengan beliau namun apabila beliau disahkan mengidap penyakit "kekurangan hormon pertumbuhan"  yang mana memerlukan kos rawatan USD 900 sebulan . Kelab ini tidak mahu membayar kos perubatan beliau .  Carles Rexach  pengarah sukan Barcelona FA mengetahui bakat beliau melalui saudara beliau telah memangil messi bersama babanya untuk menghadir "percubaan" bagi pasukan beliau. Setelah melihat bakat beliau , beliau yang tiada kertas pada masa itu telah mengunakan kertas tisu sebagai surat perjanjian. Barcelona bersetuju membiayai sepenuhnya kos perubatan Lionel Messi.



Kajian kes di atas dapat kita lihat bagaimana seorang pengurus pasukan menjadi penyumbang pembangunan bakat baru . Tindakan rexach telah mengubah nasib seorang budak yg berbakat menjadi bintang malah sanggup mengambil tangungjawab menyara perbelanjaan messi yang telah disahkan menghidap penyakit. Bayangkan jika tiada pengurus seperti rexach ini , pastinya bakat beliau akan tengelam dan pasukan argintina tidak mempunyai pemain berbakat ini , malah tindakan beliau yang pantas membuat keputusan apabila melihat potensi yang ada pada messi dengan terus menandatangani pejanjian dengan sehelai kertas tisu . Bayangkan semuda 16 tahun beliau telah mewakili pasukan senior C barca .

Ini adalah salah satu contoh yang aku ambil di dalam proses pencarian . Adakah di malaysia kita mempunyi pengurus dan pencari bakat sebegini ? adakah pengurus pasukan kelab dan persatuan di malaysia sanggup mengambil resiko dan mengeluarkan modal untuk "mencipta" bintang ? .


0 Komen: