11 Januari 2017

Sikap pra matang orang Malaysia tentang bahasa

Hari ini aku bukan nak cerita pasal bola tetapi ada berkaitan dengan bola.  Isu ucapan Mohd Faiz subri semasa memenangi anugerah Puskas telah mendapat kritikan oleh sesetengah pihak malah ada tu hang bergelar wartawan tempatan.

Kenapa bahasa yang dipertikaikan?  Bukankah semua jaguh dunia yang mengambil hadiah pun mengunakan bahasa mereka sendiri. Jika berbahasa Inggeris pun teruk di dengar.  Tetapi kenapa yang itu mereka berasa biasa? 

Ini lah sikap tidak matang atau pra matang masyarakat Malaysia tentang bahasa.  Mungkin bagi mereka jika ingin bercakap Inggeris perlu fasih seperti rakyat uk atau us..  Malah mengapungkan bahasa lebih dari kemahiran yang dia ada adalah sikap rakyat kelas ke 3 yang tidak maju dan mungkin boleh hidup dalam zaman pra sejarah. 

Bahasa hanyalah alat komunikasi,  dan sebagai alat ianya tak perlu di jadikan kayu ukur yang penting matlamat dan kejayaan di capai.  Pandai atau tidak  itu kelebihan pada individu tersebut.

Kejayaan bukan lah kerana bahasa tetapi kerana kemahiran yg ada.  Lainlah kalau anda ni nak kerja sebagai guru bahasa Inggeris atau penterjemah bahasa atau penyambung tetamu..

0 Komen: