Memaparkan catatan dengan label gerkan ultras. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gerkan ultras. Papar semua catatan

09 September 2015

Siapa Ultras Malaya ? dan Apa matlamat mereka ..


Mungkin ramai peminat sukan bola sepak tanah air sudah mengenali Ultras malaya . Namun adakah anda faham apa kah matlamat mereka dan cara mereka beroperasi ? artikel yang aku kongsikan ini bukan lah mewakili suara mereka tetapi lebih kepada penilaian dan sedikit penyelidikan tentang tata kelakuan dan matlamat kumpulan ini yang telah aku kumpul dan dapatkan sama ada secara perkongsian di laman dan fb mereka juga dari perkongsian semasa bersembang dengan mereka yang terlibat dengan gerakan ultras malaya ini .

ULTRAS MALAYA , satu nama yang cukup gah kini jika bercerita tentang bola sepak malaysia . Seperti sukan bola sepak yang sememangnya bukan budaya melayu dan asia tengara , Ultras juga bukan lah budaya kita . Aku amat terkesima apabila pengulas merasa kesal dengan kelakuan ultras dengan mengatakan "Ini bukan budaya kita " namun satu persoalan aku kepada pengulas terbabit , Bola sepak ni budaya kita ke ? sukan kebudayaan kita ke ??? ..

Di artikel ini aku tak nak cerita la sejarah penubuhan bangai sebab tu semua telah semua tahu melalui media utama . Tetapi lebih kepada cara gerakan mereka , yang agak licik dan menarik untuk kita bahaskan . Kerana di mana sahaja gerakan ULTRAS ini , mereka memang mengamalkan budaya sebegitu  mereka menghidupkan keadaan mereka juga mampu merosakkan suasana . Ianya terbukti dengan dua pelawanan yang melibatkan pasukan malaysia sebelum ini di mana keadaan menjadi tidak terkawan dan perlawanan terpaksa di hentikan .

Gerakan ultras ini di anggotai oleh sekumpulan anak-anak muda yang bersemangat untuk menyampaikan "MESSAGE" mereka . Mereka terdiri daripada dari yang masih bersekolah hingga yang telah mempunyai kerjaya profisonal dan sebagainya . Jika di lihat dari luar , kelakuan mereka  biasa sahaja seperti remaja lain . Mereka akan cuba apa cara sekalipun untuk menyampaikan message mereka sama ada secara sah ataupun tidak itu mereka akan fikirkan kemudian .

Gerakan ultras adalah satu gerakan yang mana setiap pengikutnya mempunyai "matlamat" yang sama . Tiada proses pendaftaran mahupun "tanda" bahawa mereka itu ultras . Siapa sahaja boleh mengikuti mereka asalkan semasa berada dalam curve , mereka mampu mengikut dan melaungkan nanyian dan sorakan yang di ketuai oleh capo ultras malaya capo yang paling terkenal adalah lekir tetapi sebenarnya ada lagi capo lain yang akan mengambil alih tugas ini .
Banner yang menterjemahkan message yang mereka ingin sampaikan. (sumber gambar UM 7)

Perlu di ingatkan di sini bahawa Ultras bukan lah kelab peminat atau persataun pengangkap tetapi mereka ini adalah sekumpulan pengerak dan pendesak . Mereka tiada pejabat pendaftaran ataupun bilik mesyuarat khas untuk mereka berkumpul dan membuat perbincangan . Sumberi kewangan mereka bagi menjayakan operasi mereka adalah dari duit poket mereka masing-masing dan dari individu-individu yang menjadi sebagai penaja peribadi . Mereka tiada pangkat dan kuasa , mereka tidak suka pengaruh luar masuk ke dalam gerakan mereka . Walaupun mereka telah di tawarkan Sumber kewangan oleh kelab dan FAM yang meminta mereka bergabung dan menjadi kelab penyokong mereka menolah mentah-mentah kerana mereka adalah ULTRAS . dan ultras di mana sahaja modus operandi mereka adalah sebegitu . Mereka tidak mahu duit tajaan akan menjadikan mereka seperti anjing jinak dan ayam peliharaan yang telah di jinakkan oleh dedak-dedak tuan mereka. Salah satu sumber pendapatan untuk menjayakan gerakan mereka juga melalui penjualan barang keluaran mereka seperti tshirt dan lain-lain.

Ultras bukan lah Hooliganis . yang membezakan mereka adalah hooliganis adalah pencetus huru hara yg melibatkan pergaduhan dengan pasukan lawan dan sebagainya . Tetapi ultras bukan sebegtu sifatnya . Mungkin terdapat media yang mengambarkan begitu namun pada hakikatnya mereka bukan begitu . Gerakan mereka semata-mata demi pasukan . dan bukan mencari gaduh dengan penyokong lawan terutamanua apatah lagi dengan penguatkuasa .

Berikut adalah ciri-ciri yang perlu ada pada gerakan ultras

1. Tifo dan banner 2 besar menceritakan message mereka .
2. Bunga api dan bom asap (suar)  terutamanya semasa tifo di buat.
3. Chat ultras .
4. Copo
5. Drum
6. Logo dan selogan-selogan yang garang .

Jika ultras bukan lah satu persatuan pengangkap bagaimana mereka berhubung dengan pihak luar ? mungkin itu yang anda nak tahu bukan . Copo hanya mengepalai chat tetapi dia bukan lah ketua atau pengerusi gerakan .. so di sini ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenar "kepala" ultras ini ? itu la di namakan gerakan Ia amat sukar di kesan kerana amat licik . Mereka akan hanya menghantar wakil mereka untuk sama ada berjumpa media atau atas urusan-urusan tertentu .  Tiada siapa yang boleh di pesalahkan menjadi ketua kerana gerakan ini adalah satu gerkan umum . Semua penahanan di buat hanya mampu di sabitkan atas kesalahan individu sahaja dan akan ada pengati atau mereka yang sudi meneruskan gerakan ini . Bak kata pepatah melayu patah tumbuh hilang berganti . Pengerak sebenar mereka adalah mereka yang low profile dan hanya anda yang mengikuti gerakan ini yang mengenali mereka. Dan perlu ingat bukan mudah untuk mengenali dan merapati mereka kerana mereka mempunyai rangkaian mereka sendiri yang bersifat ekseklusif . Namun untuk mengikut gerakan semasa di stadium , siapa sahaja boleh join janji menepati ciri-ciri seperti mampu berdiri dan bersorak bersama , tidak dibenarkan membuat rakaman gambar atau video , dan tahap kesihatan yang cukup sihat untuk melompat ...

Untuk memudahkan fahaman anda , Gerakan ultras ini adalah seperti sambungan antara sel-sel atau sarang labah-labah . di mana satu kepala utama yang bersifat ekseklusif akan bergabung menerusi jaringan hubungan dengan kumpulan-kumpulan kecil dan akhirnya mengwujudkan satu rantaian kumpulan yang besar apabila mereka bergabung .

Keratan Akbar utama berita mengenai kelaluan ultras.
Namun ada juga pandangan mengatakan gerakan ultras ini juga ada berkaitan dengan gerakan politik dan kewangan . Tetapi dari nama ULTRAS itu sendiri kita sendiri faham bahawa mereka adalah fanatik-fanatik peminat yang ingin menyokong dan berkehendak pasukan yang mereka sokong menang dan berjaya .

Jika di lihat dari sudut gerakan ultras di dunia . Kebanyakan kelab-kelab tidak bergabung dengan mereka tetapi mereka mendapat keistimewaan seperti tempat khas , tiket murah yang akan di lakukan menerusi wakil mereka ada juga kelab menyediakan ruangan khas untuk mereka menyimpan peralatan dan bendera mereka di stadium .  Namun itu adalah cara kelab-kelab dan persatuan berterima kasih di atas kesetiaan mereka dalam memberi sokongan tetapi untuk bekerjasama dengan mereka . tidak sama sekali mereka akan menolaknya.

artikel aku ini bukanlah gambaran tepat 100% gerakan ultras malaya . Namun mungkin sedikit sebanyak boleh mengambarkan gambaran yang tidak di paparkan di media utama .

KEPADA PENGULAS SUKAN ASTRO , ULTRAS BUKAN BUDAYA KITA TETAPI IA  BUDAYA BOLA SEPAK DUNIA TIKA INI .  KALAU TAK NAK BAIK MAIN LIGA KAMPUNG CUBADAK SAHAJA ..hahahaha ..