Memaparkan catatan dengan label harimau malaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harimau malaya. Papar semua catatan

27 Julai 2015

Isu naturalisasi Vs Qualiti Pemain Tempatan

Tertarik dengan artikel dari Berita Harian tentang naturalisasi dan juga komen dari FB harimau malaya

tentang kualiti pemian dan pemakanan ala malaysia yang tidak sesuai sebagai seorang pemain bola sepak maka hari ini aku juga nak menyebuk untuk menulis dan memberi sedikit pendapat mengenai setuasi bola sepak kita sekarang ini.

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang isu naturalisasi  pemain malaysia , kita singkap sedikit sejarah dan peraturan FIFA tengang naturalisasi ini .  Sejarah telah menunjukan bahawa memang wujud pemain yang bermain lebih dari satu negara pada era 60 an dan 70 an  perkara ini telah berlaku pada negara-negara eropah dan barat . Pada tahun 2004  , Fifa telah memperketatkan kaedah ini dengan memberi syarat pemain tersebut perlu mempunyi ibu atau ayah atau datuk yang berasal dari negara tersebut atau pelu tinggal di negara tersebuh lebih dari 2 tahun . Pada tahun 2007 Sepp Blatter  telah memaklumkan kepada BBC dengan mengatakan jika naturalisasi  ini tidak di kawal maka berkemungkinan kebanyakan pemain yang bermain pada piala dunia di masa akan datang adalah yang berasal dari brazil . maka selepas itu fifa memperketatkan lagi syarat daripada 2 tahun kepada 5 tahun .

Jika di lihat dari apa yang berlaku di negara luar terutama di eropah misalnya , Kebanyakan pemain yang di naturalisasi adalah yang berasal dari brazil , cambodia dan negara-negara dari benua afrika yang kita tahu mempunyai kualiti peminan bola yang baik dan mempunyai susuk tubuh yang tegap dan kuat . Bagi negara-negara kuasa besar bola sepak seperti italy , spanyol dan Argentina   kaedah ini telah lama di praktikan .

Ok sekarang kita kembali pula kepada bola sepak malaysia . Perlukah pemain naturalisasi ini di ambil untuk memajukan bola sepak kebangsaan atau kita terpaksa menungu bakat-bakat yang akan bakal terbentuk di masa akan datang yang kita sendiri tidak tahu bila ?

Dengan faktor pemakanan rakyat malaysia yang tak mesra sukan ini adakah akan lahir pemain yang berbadan sasa , tinggi dan mempunyai kualiti kawalan bola yang baik akan mampu di bentuk ? Faktor pemakanan ini bukan lah satu isu baru tetapi sudah lama di momokan namun kebanyakan pemain kita memang amat sukar melupakan dan mengamalkan budaya makanan yang sihat kerana jika kita lihat pada diri kita sendiri pasti teh tarik dan nasi lemak tidak mampu kita tinggalkan . BENAR ??

Jika kita lihat di negara-negara asia lain yang layak ke piala dunia . Kebanyakan pemain mereka kini dalam ketagori berbadan besar dan tinggi , mungkin ada beberapa pemain yang berbadan kecil tetapi mempunyai skill yang amat baik juga menjadi pilihan .

Faktor fizikal dalam sukan seperti bola sepak ini memang tidak boleh di nafikan kepentinganya . Falaupun ia bukan faktor mutlak namun jika Pemain mempunyai fizikal yang tegap ditambah pula mutu pemainan yang baik ia mampu memberi kelebihan kepada pasukan . Sukan bola sepak adalah sukan fizikal maka kepentingan itu tidak perlu di pertikaikan sesiapa . Walaupun pemain-pemain hebat seperti pale dan maradona berbadan kecil tetapi kebanyakan pemain lain dalam pasukan mereka mempunyai ciri fizikal yang besar dan tegap . Ini mampu menyokong pasukan terutama dari sudut pertahanan .

Kesimpulan yang mampu aku buat adalah , naturalisasi pemain atau dalam istilah FIFA eligibility bukan lah perkara baru dalam sukan ini . Malah ianya telah lama di amalkan oleh kuasa-kuasa bola sepak dunia bagi memastikan penguasaan mereka berterusan .

Mungkin proses naturalisasi ini dapat menaikan rangking bola malaysia dan memberikan peluang pemain tempatan bersaing dengan pasukan lebih hebat di masa akan datang apabila kita mampu keluar dari zon "belasahan". Selagi kita tidak keluar dari zon belasahan ini selagi itu pengalaman dan penekanan pemain dan pembangunan bola sepak kita di peringkat itu juga .