Memaparkan catatan dengan label rangking fifa malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rangking fifa malaysia. Papar semua catatan

18 Mei 2015

Rangking FIFA VS Prestasi Pasukan Negara.

Jumpa lagi , sebabkan ramai sanggat penyokong tegar harimau malaya komen dan kritik pasal kedudukan malaysia dalam Rangking fifa yang mana malaysia makin teruk jatuh . Aku pun nak menyebuk gak untuk komen dan memberi sedikit pendapat tentang perkara ini . Ada sesetengah pihak kata Rangking ni tak penting ada yang kata penting dan ada pula yang satu apa pun tak tahu sebab telah lalok dengan EPL kot hehe ..

Apa itu Rangking FIFA ? Sedikit sebanyak yang aku boleh kongsi pada kawan-kawan yang tak pandai dalam bahasa mat saleh ni , rangking fifa adalah sistem permarkahan yang di kelola oleh fifa . Sistem ini akan mengumpul mata bagi 4 tahun terakhir bagi sesebuah pasukan negara yang melibatkan semua pelawanan peringkat antarabangsa yang di iktiraf oleh fifa . Sebagai contoh  piala dunia, perlawanan persahabatan antarabangsa , piala asia dan sebagainya . Sistem ini telah di perkenalkan oleh fifa sejak tahun 2006 selepas piala dunia di german . semasa itu fifa telah mengambil keputusan pelawanan antara bangsa dari tahun 1999 hingga 2006 .  namun pada tahun 2012 , fifa telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya pelawanan antarabangsa berkelas A sahaja akan menyumbang mata .

Berikut adalah mata yang di kira bagi setiap pelawanan . 
Keputusan Point
Menang (Tiada Sepakan Panelti)3
Menang (dengan tendangan penalty )2
seri1
Kalah (dengan sepakan penalty )1
Kalah (Tanpa Sepakan Penalty)0

Pengkali  peringkat

Status PelawananPengkali 
Pelawanan Persahabatanx 1.0
FIFA World Cup dan Continental cup qualifiersx 2.5
Continental cup dan Confederations Cup akhir x 3.0
World Cup pelawanan akhir x 4.0

Selain perkiraan ini , perkara lain yang juga akan di kira adalah , kekuatan lawan , zon peringkat gabungan pertandingan dan tempoh penilaian .

Pengkali Kekuatan lawan = 200 - kedudukan rangking
                                          -----------------------------------
                                                         100

berikut adalah rajah pekali bagi mengikut zon benua.

GabunganSelepas 2014 World CupSelepas 2010 World CupSelepas 2006 World Cupselepas dan termasuk 2006 World Cup
UEFA (Europe)0.991.001.001.00
CONMEBOL (South America)1.001.000.981.00
CONCACAF (North and Central America and Caribbean)0.850.880.850.88
AFC (Asia)0.850.860.850.85
CAF (Africa)0.850.860.850.85
OFC (Oceania)0.850.850.850.85
pengiraan pekali bagi jarak penilaian adalah seperti rajah di bawah

Tarikh pelawananpekali
kurang 12 bulan× 1.0
12–24 bulan lalu× 0.5
24–36 bulan lalu× 0.3
36–48 bulan lalu× 0.2
Dari semua di atas , Formular yang akan digunapakai adalah 

mata rangking = 100x( mata pelawanan X pekali peringkat X Zon Gabungan X Jarak Penilaian)


(sumber wikipida)

So , apakah pentingnya sistem rangking ini kepada pasukan negara ?   berikut adalah kedudukan malaysia setakat ini (19/5/2015)


Apabila dua jurulatih malaysia menyatakan rangking untuk negara tidak penting malah dolah telah ditertawakan oleh pengurusan di jepun selepas bertanya tentang sistem rangking menjadikan ramai peminat marah dan tidak berpuas hati dengan alasan oleh jurulatih itu .

Di sini kita perlu ingat , sistem rangking bukan lah kayu ukur kekuatan sebenar pasukan negara tetapi ia boleh di lihat sebagai kedudukan kita secara kasar sahaja .

Sistem rangking yang jika di lihat dari segi corak pengiraanya juga yang terdapat berat sebelah kepada pasukan-pasukan di benua eropah , dan kepayahan pasukan bawahan seperti malaysia yang ingin mendapatkan lawan pada rangking yang lebih tinggi menjadikan sistem ini perlu di lihat hanya sebagai sumber rujukan biasa yang tidak penting tetapi perlu di ambil berat .

rangking negara sebenarnya juga perlu diperbaiki kerana ia menjadi kayu ukur bagi pelawanan-pelawanan antarabangsa . Sebagai contoh kelayakan piala dunia pasukan yang berkedudukan lebih tinggi tidak perlu memasuki pelawanan play 0ff dan akan terus ke peringkat ke 2 . begitu juga AFC Champion league .

Di sini aku boleh simpulkan bahawa sebenarnya bukan lah rangking menjadi kayu ukur , tetapi prestasi pasukan yang konsisten dan menjuarai kejohanan-kejohanan penting menjadi matlamat dan fokus kita . Lebih besar peringkat pertandingan , Lebih besar mata yang akan pasukan negara dapat secara tak langsung kedudukan negara akan lebih baik . MAKNANYA !! kita perlu menang bukan sahaja di peringkat Asia tengara malah di peringkat ASIA dan dunia . Jawapanya mudah MENANG , MENANG dan MENANG !!!...

Namun jika pasukan kebangsaan masih di takuk yang sama berlawan dengan pasukan di peringkat rendah dan asia tenggara sahaja maka selagi itu mutu dan kedudkan malaysia tidak akan lebih baik dan meningkat . Pengalaman saya bersukan selama ini juga menunjukan untuk kita menjadi kuat dan bagus dalam sesuatu pasukan , kita perlu mempunyai lawan dan sekutu dan bersama kelompok yang berjaya dan terbaik .

Di situ akan kita lihat pengalaman sebenar , teknik yang betul dan cabaran yang lebih hebat yang akan mempercepatkan lagi kematangan dan skill pemain dalam sesuatu sukan . Contoh aku telah bersekolah di sekolah yang telah di iktiraf sebagai sekolah sukan "hoki" di negeri . Sebelum sekolah aku di pilih sebagai sekolah sukan , sekolah aku ini di kira sebagai pasukan biasa sahaja . Namun setelah meningkat di peringkat negeri dan negara . malah jurulatih yang mengajar kami juga adalah jurulatih negara maka corak latihan dan pemainan yang di terapkan amat berbeza dari sekolah-sekolah lain di sekitarnya . Apabila aku menjalani latihan dengan pasukan seperti ini , dari awalnya aku ini bukan lah tahu apa-apa namun setelah 2 tahun mengikuti latihan dan sebagainya , kualiti pemainan aku lebih baik dari pemain-pemain di sekolah biasa . Bayangkan jika aku bukan di sekolah itu dan menerima latihan sebegitu ? pastinya berbeza kualiti pemainan aku . Di situ aku boleh lihat betapa iltizam pemain dalam pasukan yang baik .. boleh dikatakan makan hoki , minum hoki malah tak pantang ada masa terluang pasti akan memegang kayu hoki .. beberapa orang yang aku kenal itu telah mewakili malaysia di peringkat dunia .

Begitu juga dengan sukan lain , termasuk bola sepak . Jika pasukan negara masih di dalam "ruang lingkup" sekarang dan pihak FAM tidak beruseha atau mengatur stratigik untuk mengeluarkan malaysia dari kelompok ini maka selamanya pasukan kita akan menjadi pasukan belasahan atau bawahan .

akhir kata .. KITA BOLEH JIKA KITA FIKIRKAN BOLEH , UNTUK JADI JUARA , LAGAK PERLULAH JUARA , KERJA PERLULAH JUARA , DAN BERJUANG SEPERTI JUARA. .